Isnin, 8 April 2013


Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Gandaan Sepunya (common multiples) set nombor bulat yang diberi adalah gandaan setiap nombor tersebut dalam set.

Gandaan Sepunya Terkecil, GSTK (lowest common multiple, LCM) beberapa nombor yang diberikan adalah gandaan sepunya terkecil nombor-nombor tersebut.

* Konsep 'gandaan' dan 'faktor' adalah bertentangan.
Contohnya;
30 adalah gandaan bagi 1, 2, 3, 5, 6, 10, 15 dan 30.
Manakala, 1, 2, 3, 5, 6, 10, 15 dan adalah factor kepada 30.

Mencari gandaan sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat.

Contoh 1:
Dapatkan gandaan sepunya bagi;
  • 3 dan 4.
    Jwb:
    Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15,  18, 21, 24, ...
    Gandaan bagi 4: 4, 8, 12, 16, 20, 24, 28, ...
    Gandaan Sepunya bagi 3 dan 4 adalah 12, 24, 36, ...
  • 2, 3 dan 6.
    Jwb:
    Gandaan bagi 2: 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, ...
    Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15, 18, 21, ...
    Gandaan bagi 6: 61218, 24, 36, ...
    Gandaan Sepunya bagi 2, 3 dan 6 adalah 6, 12, 18, ...

** Senarai gandaan sepunya beberapa nombor bulat adalah juga dari urutan nombor.

Menentukan samada suatu nombor itu adalah gandaan sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat yang diberi.

Contoh 2:
Tentukan samada;
  • 84 adalah gandaan sepunya bagi 5 dan 7.
    Jwb:
    84 ÷ 5 = 16 berbaki 4
    84 ÷ 7 = 12
    84 tidak boleh dibahagi tepat dengan 5.
    Oleh itu, 84 adalah bukan Gandaan Sepunya bagi 5 dan 7.
  • 432 adalah gandaan sepunya bagi 6, 8 dan 9.
    Jwb:
    432 ÷ 6 = 72
    432 ÷ 8 = 54
    432 ÷ 9 = 48
    432 boleh dibahagi tepat dengan 6, 8 dan 9.
    Oleh itu, 432 adalah Gandaan Sepunya bagi 6, 8 dan 9.

Menentukan GSTK (LCM) bagi dua nombor bulat.

Contoh 3:
Cari Gandaan Sepunya Terkecil bagi;
  • 9 dan 12
    Jwb:
    Kaedah 1: Pemfaktoran Perdana (Prime Factorisation)
    GSTK bagi 9 dan 12 = 3 x 3 x 2 x 2 = 36

    Kaedah 2: Guna algoritma (pembahagian berulang oleh faktor perdana)

    GSTK bagi 9 dan 12 = 3 x 3 x 2 x 2 = 36

  • 15 dan 21
    Jwb:
    Kaedah 1: Pemfaktoran Perdana (Prime Factorisation)
    GSTK bagi 15 dan 21 = 5 x 3 x 7 = 105

    Kaedah 2: Guna algoritma

    GSTK bagi 15 dan 21 = 3 x 5 x 7 = 105

Menentukan GSTK (LCM) bagi tiga nombor bulat.

Contoh 4:
Tentukan GSTK bagi;
  • 6, 15 dan 18.
    Jwb:

    GSTK bagi 6, 15 dan 18 = 2 x 3 x 3 x 5 = 90
  • 14, 28 dan 49.
    Jwb:

    GSTK bagi 14, 28, 49 = 7 x 2 x 2 x 7 = 196

1 ulasan:

  1. How to get to the casino with a credit card - Dr.MCD
    Use this simple 밀양 출장안마 steps to get to 오산 출장샵 the casino by using the Visa Mastercard 통영 출장마사지 and debit card. Step 1: Select “Pay for Cards” · 문경 출장샵 Step 2: Select 제주 출장안마 the option that corresponds

    BalasPadam